Teknologi membolehkan insan yang tinggal di dunia dunia berbeza berhubung antara satu sama lain dalam sekelip mata. Apa yang mengehadkan interaksi mereka adalah bahasa yang digunakan. Google Translate dilancarkan pada tahun 2002 untuk memudahkan proses alih bahasa sekaligus merobohkan benteng yang menjadi penghalang komunikasi penduduk dunia.
Sekiranya anda menggunakan Gboard pada peranti iOS, ia kini hadir dengan fungsi Google Translate secara terbina. Pengguna hanya perlu menekan ikon Google pada sisi atas sebelah kiri papan kekunci dan memilih Translate. Pilih bahasa yang ingin diketahui maknanya dan kemudian taip. Frasa yang ditaip kemudian akan dialih bahasa dengan pantas. Google Translate kini menyokong 500 variasi bahasa dunia dan baru-baru ini menambah sokongan Bahasa Melayu Menado.