Twitter Menguji Ciri Langgan Kepada Sesuatu Perbualan Beruntai

Twitter Menguji Ciri Langgan Kepada Sesuatu Perbualan Beruntai

Diterbitkan pada Mac 16, 2019 oleh .

Twitter pada hari ini digunakan secara meluas untuk berkomunikasi, dan berbincang mengenai sesuatu topik. Ada kalanya, seseorang pengguna tidak ingin terlepas sesuatu perbincangan yang berlaku – dan untuk tujuan berkenaan, kini Twitter sedang menguji sebuah ciri baru yang membolehkan pengguna melanggan sesuatu perbualan beruntai.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mengikuti sesuatu perbualan tanpa perlu membalas atau “Like” perbualan berkaitan.

Melalui ujian yang dilakukan pada Twitter, mereka menambah sebuah butang “langganan” pada perbualan beruntai, dan akan menerima notifikasi apabila Tweet baru ditambah pada untaian berkenaan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah pihak Twitter akan memperkenalkannya secara rasmi kepada semua pengguna.


TIPS & ULASAN