Cari @ Amanz

Fujifilm Malaysia hari ini telah melancarkan kamera digital nircermin mereka yang terbaru dibawah keluarga siri-X untuk pasaran tempatan, iaitu Fujifilm X-T30.

Fujifilm X-T30

Kamera ini hadir dengan rekaan kompak, selain mengintegrasikan elemen kamera retro padanya. Fujifilm X-T30 hadir dengan sensor CMOS X Trans 26-megapixel yang membolehkan pelbagai rakaman gambar cantik dilakukan, dan diproses menggunakan pemprosesan X-Processor Pro 4. Ia turut menggantikan penggunaan d-pad pada versi sebelumnya dengan kawalan butang lapan-arah baru yang memberikan lebih kemudahan untuk pengguna memegang kamera ketika rakaman.

Fujifilm mengatakan kamera ini mampu memfokuskan dengan lebih pantas berbanding sebelumnya, selain peningkatan AF untuk mengikut gerakan wajah atau mata – sekaligus memudahkan anda memfokuskan kepada seseorang atau objek dengan baik.

Fujifilm X-T30

Seperti kebanyakkan kamera digital lain, ia turut menyertakan panel sesentuh khusus untuk memudahkan anda melihat hasil rakaman melaluinya. Fujifilm turut mengatakan kadar respon pada panel sesentuh ini telah dipertingkatkan berbanding sebelumnya.

Selain sokongan rakaman gambar yang baik, Fujifilm X-T30 turut hadir dengan sokongan rakaman video 4K/30p yang baik. Hal ini dijayakan dengan rakaman pada resolusi 6K yang kemudiannya diubah kepada resolusi kualiti 4K. Kamera ini turut menyokong rakaman format DCI (17:9) untuk memberikan kesan sinematik pada hasil video anda.

Di Malaysia, Fujifilm X-T30 ditawarkan pada harga RM3888 bagi badan sahaja, sementara dengan kit XF 18.55mm F2.8-4 ditawarkan pada harga RM5488.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd