Vivo V15 Disenaraikan Pada Harga RM1399 Di Malaysia

Vivo V15 Disenaraikan Pada Harga RM1399 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 17, 2019 oleh .

Vivo bakal melancarkan telefon pintar Vivo V15 mereka secara rasminya pada minggu hadapan. Selari dengannya, kini Vivo telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar berkenaan, dan menyenaraikan ia pada harga RM1399.

Vivo V15 hadir dengan skrin bersaiz 6.59-inci IPS, dijana cip Helio P70, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 8MP + 5MP, selain kamera hadapan yang boleh dinaik-dan-diturunkan 32-megapixel.

Di Malaysia, ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu merah dan biru. Untuk pra-tempahan juga, beberapa ganjaran khusus disediakan oleh pihak Vivo untuk pembelinya. Peranti berkenaan disasarkan diterima pembeli menjelang 23 Mac 2019 kelak.

Beli : Vivo V15 di Lazada

Beli : Vivo V15 di Shopee


TIPS & ULASAN