Cari @ Amanz

Selain penawaran siri V15 yang terbaru, pihak Vivo Malaysia turut telah membawa masuk sebuah telefon pintar dengan penawaran asas yang terbaru, iaitu Vivo Y91C.

Vivo Y91C

Vivo Y91C hadir dengan skrin bertakuk 6.22-inci, menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6762R, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 4030mAh.

Melengkapkan ia adalah kamera belakang 13-megapixel, selain kamera hadapan 5-megapixel.

Vivo Y91C

Telefon pintar ini dilihat lebih memfokuskan kepada pengguna yang inginkan peranti berspesifikasi asas tetapi dengan skrin dan masa penggunaan lama.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada pengedar rasmi Vivo pada harga RM499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd