Fungsi Penstriman Groove Music Menerusi OneDrive Akan Dihentikan Pada 31 Mac

Fungsi Penstriman Groove Music Menerusi OneDrive Akan Dihentikan Pada 31 Mac

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Perkhidmatan penstriman muzik Groove Music dihentikan perkhidmatannya pada Jun tahun lalu. Namun begitu pengguna masih dibenarkan menstriman muzik peribadi yang disimpan di dalam OneDrive. Pada 31 Mac hadapan, mereka tidak akan dibenarkan lagi menstrim kandungan muzik mereka menerusi aplikasi ini.

Ini disahkan oleh pihak Microsoft menerusi laman sokongan mereka pada hujung minggu yang lalu. Kesemua muzik yang diselarikan di dalam Groove Music akan dipadam selepas 30 hari perkhidmatan ditamatkan. Muzik yang disimpan di dalam OneDrive walau bagaimanapun tidak akan dipadam. Pengguna masih boleh menstrim muzik di dalam OneDrive menggunakan pemain muzik terbina aplikasi tersebut. Bagi pemain Forza Horizon 3, anda tidak lagi boleh menstrim muzik peribadi di dalam permainan selepas 31 Mac.


TIPS & ULASAN