Cari @ Amanz

Peranti boleh-pakai kini boleh dimiliki pada harga yang amat mampu milik. Ia dilengkapi fungsi membaca nadi, lokasi dan juga pola tidur. Tahun lalu jualan peranti boleh-pakai meningkat dengan Apple Watch menjadi yang paling laku jualannya. Di Guangdong China, pihak penyelia Guangdong Guangya High School merancang memberikan peranti boleh-pakai kepada 3500 pelajar sekolah mereka.

SekolahMenurut laporan South China Morning Post, penggunaan peranti boleh-pakai ini adalah bagi memantau pola tidur, lokasi dan penyertaan pelajar di alam kelas menerusi kekerapan tangan diangkat. Pihak sekolah mengatakan ini bagi memastikan kesemua pelajar menjalani kehidupan yang sihat di dalam dan luar waktu sekolah. Ia menerima reaksi negatif dari ibu bapa yang risau kesemua pergerakan anak-anak mereka dipantau sepanjang masa. Kos pembelian peranti boleh-pakai ini menekan belanja RMB 4.85 juta (~RM 2.95 juta).

Ini bukan satu-satunya sistem pintar yang diperkenalkan di China. Pada Disember tahun lalu, ujian pakaian pintar telah dimulakan di 10 buah sekolah. Pakaian ini menjejak lokasi pelajar dan membunyikan penggera sekiranya mereka keluar dari kawasan ketika waktu belajar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd