Polis Digital Di Jepun Menangkap Penggodam Yang Mencuri Kriptowang Bernilai RM550,000

Polis Digital Di Jepun Menangkap Penggodam Yang Mencuri Kriptowang Bernilai RM550,000

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Kes-kes kecurian kriptowang bukanlah sesuatu yang baru, akan tetapi mencari mereka yang bersalah melakukan jenayah tersebut adalah sesuatu yang cukup sukar, walaupun dengan teknologi yang ada di pihak penguatkuasaan undang-undang.

Baru-baru ini, pihak polis digital dari Tokyo telah menangkap seorang pencuri kriptowang yang dikatakan telah mencuri 97000 Monacoin yang benilai $134,000 (RM550,000) dan ia dilaporkan penangkapan pertama yang membabitkan pencurian aset digital di Jepun.

Pencuri tersebut, yang dikatakan berumur 18 tahun sahaja, menggodam laman web Monappy untuk mencuri kriptowang tersebut menggunakan kod hadiah untuk mendapatkan kriptowang tersebut.

Apa yang menarik disini ialah jumlah kod hadiah yang digunakan, yang sepatutnya memberi beliau 8200 Monacoin sahaja, membuatkan sistem pengedaran kriptowang Monappy memberinya lebih banyak kriptowang lagi melalui kerentanan di dalam sistem tersebut, yang diambil dari simpanan kriptowang 7700 pelanggan Monappy yang lain.

Ini bukanlah insiden pencurian kriptowang yang pertama di Jepun. Malah, kes pencurian kriptowang terbesar di dunia dimana kriptowang bernilai $500 juta (RM2 bilion) dicuri berlaku di negara tersebut, dan telah menyebabkan kerajaan Jepun untuk membangunkan pasukan polis digital untuk menangani kes-kes digital seperti ini.


TIPS & ULASAN