Asus Zenfone Max Pro (M1), Max Pro (M2) Dan Max (M2) Akan Menerima Pie Bermula April

Asus Zenfone Max Pro (M1), Max Pro (M2) Dan Max (M2) Akan Menerima Pie Bermula April

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Peranti kelas pertengahan dan permulaan Asus yang popular adalah dalam siri Max. Asus Zenfone Max Pro (M1), Asus Zenfone Max Pro (M2) dan Asus Zenfone Max (M2) adalah antara tiga peranti yang digemari – kerana harga yang ditawarkan, kapasiti bateri serta menjalankan Android asli tersendiri.

Peranti yang menjalankan Android asli kebiasaannya pasti akan menerima kemaskini yang pantas. Jadi, Asus ingin tawarkan kemaskini yang pantas seakan penawaran Android One. Bulan lepas, Asus Zenfone Max Pro (M1) dan (M2) telah pun menerima kemaskini Android Pie versi Beta dan Asus menjanjikan versi stabil akan hadir 15 April kelak.

Bersama-sama dengan dua peranti tadi, Asus turut mengumumkan yang Zenfone Max M2 turut akan menerima kemaskini Android Pie yang stabil pada tarikh yang sama. Agak menarik untuk kita lihat peranti berharga RM599 turut menerima kemaskini Android Pie.


TIPS & ULASAN