Huawei P30 Dilaporkan Menggunakan Skrin AMOLED Keluaran Samsung

Huawei P30 Dilaporkan Menggunakan Skrin AMOLED Keluaran Samsung

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Huawei P3o Pro akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini di Paris. Ia adalah peranti yang telah mengecahkan kemampuan zoom nirhilang yang amat baik dan pastinya menggunakan lensa keluaran Leica. Tahun lalu Mate 20 Pro menggunakan skrin OLED yang dihasilkan oleh BOE dan LG. Tahun ini pula Huawei dilaporkan menggunakan hanya skrin AMOLED yang dihasilkan oleh Samsung.

Huawei P30 ProIni adalah menurut laporan laman Huawei Hub menerusi peniris maklumat dari China. Tidak diketahui mengapa Huawei berubah pengeluar skrin tetapi mungkin berkait rapat dengan masalah skrin hijau yang melanda Mate 20 Pro tahun lalu. Hanya skrin yang dihasilkan oleh LG menunjukkan masalah ini. Pada skrin keluaran BOE pula kami sedari masalah colour banding yang amat ketara.

Kerana Samsung adalah pengeluar skrin OLED terbesar di dunia dengan kualiti yang tinggi, mereka mungkin telah dipilih walaupun adalah pesaing kepada Huawei. Selain Huawei, Apple turut menggunakan skrin OLED keluaran Samsung.

Sumber Huawei Hub menerusi Sammobile


TIPS & ULASAN