Android Q Mempunyai Notifikasi Seakan Chat Heads Facebook

Android Q Mempunyai Notifikasi Seakan Chat Heads Facebook

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Sistem operasi Android Oreo adalah versi Android pertama yang menawarkan kawalan panggilan telefon melalui ikon terapung. Ikon terapung ini adalah seakan Chat Heads yang ada pada Facebook apabila menerima mesej dari Messenger. Tetapi fungsi ini terhad buat aplikasi Google Phone sahaja. Namun, pada Android Pie – sudah banyak pengeluar mengimplementasikan fungsi ini pada peranti mereka.

Kini, Android Q sudah tiba dalam bentuk beta pertama. Google dilihat turut bereksperimen sekali lagi dengan fungsi seakan Chat Heads ini. Kali ini adalah untuk mana-mana notifikasi sahaja, tidak kira apa jua jenis aplikasi. Menarik lagi, bukan sahaja aplikasi – notifikasi dari sistem Android turut boleh dipaparkan dalam bentuk Chat Heads ini.

Jika anda ingin mencuba fungsi ini pada peranti Pixel anda yang menjalankan Android Q, berikut adalah barisan arahan untuk anda masukkan melalui ADB;

Cara Mengaktifkan:

adb shell settings put secure experiment_enable_bubbles 1

adb shell settings put secure experiment_autobubble_all 1

Cara Kembalikan Pada Asal:

adb shell settings delete secure experiment_enable_bubbles

adb shell settings delete secure experiment_autobubble_all

Bagi yang tidak mengikut perkembangan Android, custom ROM terkenal Paranoid Android telah pun memperkenalkan sistem notifikasi Chat Heads ini sejak tahun 2013 lagi.


TIPS & ULASAN