Oppo F11 Pro Dijangka Berharga RM1399 – Hadir Dengan Kamera 48MP

Oppo F11 Pro Dijangka Berharga RM1399 – Hadir Dengan Kamera 48MP

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Oppo Malaysia bakal melancarkan telefon telefon pintar terbaru mereka, Oppo F11 Pro secara rasminya di Malaysia esok. Menariknya, hari ini, pihak Celcom memperlihatkan harga jualan telefon pintar berkenaan.

Melalui apa yang diperlihatkan Celcom, Oppo F11 Pro akan membawakan tanda harga RM1399.

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci LTPS LCD, dijana cip Helio P70, memori 6GB RAM, storan 64GB, dan bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah dwi-kamera 48-megapixel + 5-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Jadi, dengan tanda harga RM1399, apa kata anda mengenai telefon pintar terbaru Oppo ini?


TIPS & ULASAN