Tahun lepas, skor tanda aras buat Pocophone F2 telah tersenarai di Geekbench. Ia direkodkan yang peranti ini terus kekal dengan janaan cip Snapdragon 845 dan memori 6GB RAM. Baru-baru ini, skor tanda aras ini tekah dikemaskini dan terdapat maklumat yang mengejutkan yang telah terpapar di laman Geekbench.
Dengan trend penggunaan Snapdragon 855 pada peranti mercu tahun 2019, Pocophone F2 disenaraikan akan dijana dengan cip pemprosessan ini. Tetapi apa yang mengejutkan, peranti ini diuji dengan RAM sebesar 4GB sahaja. Skor tanda aras sebelum ini semua adalah Snapdragon 845 dengan 6GB RAM, tetapi kenapa skor dengan Snapdragon 855 hanya mempunyai 4GB RAM?
Selain daripada itu, Pocophone F2 turut diuji dengan versi Android yang terkini – Android Q. Tidak pasti bila peranti ini akan diperkenalkan dan tidak pasti juga berapa variasi akan diperkenalkan. Adakah 4GB RAM ini hanya ujian semata-mata atau satu variasi yang lebih murah? Sama-sama kita nantikan.