Cari @ Amanz

Kedai Konsep HP Di One Utama Kini Dinaiktaraf – Menawarkan Lebih Banyak Peranti

Oleh Lina Rosli

Link Copied!

HP Malaysia hari ini memperkenalkan kedai konsep HP yang telah dinaik-taraf di 1 Utama. Kedai konsep ini membawakan pengalaman baru untuk pelanggan HP di seluruh negara. Ia dilengkapi dengan rekaan teknologi terkini yang selari dengan gaya hidup masyarakat di Malaysia. Kedai konsep terbaru ini juga menawarkan pelbagai jenis produk dan aksesori dari HP kepada pengguna premium.

 

 

 

Menariknya, kedai konsep ini membawakan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan melalui laman atas-talian rasmi 1 Utama. Dengan ini, pelanggan dapat mengakses dan memesan produk secara atas talian dengan cepat dan mudah. Pelanggan turut boleh mendapatkan pelbagai peranti HP termasuk HP Spectre 13 x360 baru yang hadir dengan rekaan yang menawan, selain prestasi dan keselamatan hebat untuk pengguna HP.

Selain model Spectre, HP juga menyediakan mesin cetak nirwayar, HP DeskJet Ink Advantage dan HP Ink Tank Wireless 415 yang mana ia boleh dihubungkan menerusi HP Smart App.

Bagi anda yang berminat, tawaran dan promosi ini kini boleh mula dinikmati bermula hari ini sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi HP atau kunjungi terus ke laman atas-talian rasmi HP Malaysia.


Komen ()