Carian
ASUS ZenBook UX333 Didalam Warna Burgundy Red Diperkenalkan – Bermula Pada Harga RM4499
March 18, 2019 Nazrin

Sebelum ini, kami ada mengulas mengenai komputer riba padat ASUS ZenBook UX333 yang bersaiz 13 inci. Ia bukan sahaja hadir dengan spesifikasi yang berkuasa, ia juga mempunyai rekaan padat dan mudah dibawa kemana-mana sahaja, dan merupakan diantara peranti produktiviti terbaik yang boleh dibeli hari ini.

Bagi mereka yang ingin membeli komputer riba ini, tetapi ingin rekaan warna yang lebih menarik, ASUS Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka telahpun melancarkan model berwarna Burgundy Red.

Dari segi spesifikasi, komputer riba ini dilengkapi CPU Intel Core i5 dan i7 generasi kelapan, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 512GB. Dari segi pilihan grafik pula, ia dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 yang mempunyai 2GB memori GDDR5.

Komputer riba ASUS ZenBook UX333 ini hadir pada dua harga, iaitu RM4499 untuk model Intel Core i5 dan RM4999 untuk model Intel Core i7.

Komen