Xiaomi Mi Band 4 Mungkin Tidak Akan Dilancarkan Atas Sebab Penjualan Mi Band 3 Yang Stabil

Xiaomi Mi Band 4 Mungkin Tidak Akan Dilancarkan Atas Sebab Penjualan Mi Band 3 Yang Stabil

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Xiaomi Mi Band adalah peranti boleh pakai yang agak popular. Ia berada dalam kategori penjejak kesihatan dan hadir dalam bentuk gelang tangan. Ia menawarkan banyak ciri dan fungsi menarik seperti; pemberian notifikasi, mengimbas nadi, menjejak langkah, memaparkan jumlah kalori terbakar, jam penggera dan banyak lagi. Produk Mi Band ini adalah hasil kerjasama Huami dan Xiaomi.

Versi yang terkini adalah Mi Band 3 dan menurut CFO Huami, David Cui – mereka mungkin tidak akan melancarkan Mi Band 4. Antara sebab mereka tidak akan lancarkan Mi Band 4 adalah kerana, Mi Band 3 sehingga hari ini masih lagi dijual dengan baik, keuntungan yang berterusan dan penghantaran ke pelanggan yang tidak terhenti.

Menurut beliau lagi, jika mereka ingin lancarkan Mi Band 4 – mereka akan lancarkannya sekitar bulan ini atau bulan April kelak. Apa-apa pun mereka akan bekerjasama bersama-sama untuk memilih tarikh yang lebih sesuai jika Mi Band 4 ingin dilancarkan di masa akan datang.


TIPS & ULASAN