iPad Air Turut Dikemaskini Dengan Cip Pemprosesan Apple A12 Bionic

iPad Air Turut Dikemaskini Dengan Cip Pemprosesan Apple A12 Bionic

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Bersama-sama kemaskini untuk iPad Mini, pihak Apple turut mengumumkan kemaskini untuk tablet iPad Air bersaiz 10.5-inci. Ia kini hadir dengan cip Apple A12 Bionic, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan berkuasa tinggi, dan membolehkan pengguna untuk melakukan multi-tugasan dengan mudah melaluinya.

Apple iPad Air

Apple mengatakan iPad Air baru ini menawarkan kuasa prestasi lebih 70% berbanding sebelum ini, sokongan grafik berganda, selain panel paparan Retina yang dilengkapi teknologi True Tone untuk paparan yang cantik dan jelas.

iPad Air juga turut hadir menyertakan sokongan Apple Pencil, sekaligus memudahkan anda melakukan lakaran, catatan nota dan sebagainya dengan mudah padanya. Sokongan aksesori seperti Smart Keyboard juga diteruskan pada iPad Air generasi baru ini.

Melengkapkan tablet ini adalah bateri dengan masa penggunaan selama 10 jam lamanya, kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan realiti-terimbuh, dan kamera FaceTime 7-megapixel.

Di Malaysia, iPad Air dengan sokongan WiFi berharga RM2199, sementara versi selular pula disenaraikan pada harga RM2749. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah iPad Air baru ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN