Cari @ Amanz

Motosikal Terbang Lazareth Dengan Empat Enjin Jet Melakukan Penerbangan Pertama

Link Copied!

Video acah motosikal terbang Lazareth La Moto Volante diperlihatkan tiga yang lalu. Ia unik berbanding motosikal terbang yang lain kerana ia boleh berfungsi sebagai motosikal biasa. Di dalam mod terbang, tayar akan terbuka keluar dan menjadi empat enjin jet untuk sistem penerbangan menegak. Ia telah berjaya melakukan ujian penerbangan pertamanya hujung minggu lalu.

Buat masa ini ia hanya mampu mengapung setinggi 1 meter untuk seketika. Ia dijangka akan akhirnya dilancarkan pada bukan Oktober hadapan dengan harga sekitar €496,000 (~RM 2.3 Juta) sebuah. Tiada maklumat mengenai daya tujuhan atau motor elektrik yang digunakan pada tayar belakang untuk panduan di atas jalan raya. Bagi tujuan keselamatan terdapat sistem payung terjun sekiranya enjin turbin gagal beroperasi ketika terbang.


Komen ()