Redmi Turut Melancarkan Mesin Basuh Tersendiri – Redmi 1A Washing Machine

Redmi Turut Melancarkan Mesin Basuh Tersendiri – Redmi 1A Washing Machine

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Kita sudah tahu, Xiaomi mempunyai banyak produk-produk tersendiri. Di mana, produk-produk ini dihasilkan dengan kerjasama banyak syarikat luar – sehinggakan ada syarikat itu terus menjadi anak syarikat Xiaomi. Antara produk Xiaomi lain adalah, barangan elektrik untuk di rumah.

Jika Xiaomi sebelum ini ada mesin basuh tersendiri, bagaimana pula sub-jenama mereka Redmi? Ya, hari ini Redmi turut melancarkan mesin basuh mereka tersendiri – Redmi 1A Washing Machine. Ia adalah sebuah mesin basuh 8KG yang dijual pada harga mampu milik.

Redmi 1A Washing Machine diperbuat dari bahan binaan besi nirkarat. Ia turut hadir dengan sistem yang membolehkan pengguna membasuh pakaian dalam pelbagai mod. Penutup di atas turut lutsinar untuk memudahkan pengguna memantau keadaan pakaian mereka.

Kuasa mesin basuh ini adalah 310W dan mempunyai berat sekitar 32KG. Harga yang dijual adalah RMB799, iaitu sekitar RM485 sahaja. Seperti biasa, produk seperti ini adalah terhad buat pasaran China sahaja.


TIPS & ULASAN