Cari @ Amanz

Android Auto Pada Samsung One UI Mempunyai Masalah Sentiasa Berada Dalam Mod Malam

Link Copied!

Android Auto pada telefon pintar Android adalah aplikasi yang mengubah sistem telefon pintar ke mod inforia. Ini adalah untuk memudahkan pengguna menggunakan telefon pintar mereka ketika memandu.

Dalam Android Auto, ia turut berfungsi seakan Google Maps – di mana jika pada waktu siang, antaramuka Android Auto adalah cerah dan jika di waktu malam, antaramuka adalah mod tema gelap. Terdapat satu masalah jika Android Auto ini digunakan pada peranti Samsung yang menjalankan One UI. Masalah ini adalah, Android Auto sentiasa berada dalam mod waktu malam.

Masalah ini berlaku, jika pengguna Samsung tersebut mengaktifkan mod tema gelap pada One UI mereka. Mod tema gelap One UI adalah ‘Night Mode’. Jadi, apabila ‘Night Mode’ diaktifkan – Android Auto akan berfikir yang pengguna berada di waktu malam berasaskan mod tema gelap dan bukannya masa pada jam peranti.

Google sudah pun sedar akan isu ini dan akan mengedarkan kemaskini untuk membaiki masalah ini. Buat masa ini, bagi mereka yang menggunakan Android Auto – menyah-aktifkan ‘Night Mode’ adalah satu-satunya solusi.


Komen ()