Perdana Menteri Australia Mahu Fungsi Penstriman Langsung Media Sosial Digantung

Perdana Menteri Australia Mahu Fungsi Penstriman Langsung Media Sosial Digantung

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Insiden serangan pengganas di dua buah masjid di Christchruch, New Zealand mendapat perhatian dunia. Pengganas menggunakan media sosial untuk menstrim secara langsung tindakan beliau menembak puluhan jemaah yang sedang melakukan ibadah solat Jumaat. Pasca serangan, video serangan beliau dikongsi secara tidak bertanggungjawab sehingga perlu dihalang oleh laman seperti Facebook.

Instagram LiveTerkini Perdana Menteri Australia, Scott Morrison ingin fungsi penstriman langsung oleh pengguna digantung pada platform media sosial yang dikelolakan oleh Google ,Facebook dan Twitter. Menurut beliau sebelum ini fungsi tersebut pernah digantung sementara di Facebook selepas kejadian membunuh diri distrim. Pihak media sosial kemudian berjanji perkara yang sama tidak akan berulang dengan meletakkan beberapa kawalan dan fungsi melaporkannya diaktifkan. Namun seperti yang dapat kita lihat kawalan sedia ada tidak efektif.

Selepas insiden keganasan terkini, kerap kali platform dan permainan video dipersalahkan. Malahan di Malaysia terdapat pihak yang mahu permua diharamkan secara pukal. Setiap kali berlaku tragedi, simptom yang dicegah dan bukannya penyebab. Ini  adalah kegagalan yang sudah berulang berdekad lamanya. Selagi penyebab keganasan sebenar iaitu ideologi fasis tidak dikekang, selagi itulah insiden seperti ini akan berulang.


TIPS & ULASAN