Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman video membolehkan program interaktif ditonton yang selama ini mustahil dilakukan pada program TV biasa. Selepas kejayaan Black Mirror : Bandersnatch, Netlix berminat menghasilkan lebih banyak rancangan interaktif. Mereka baru sahaja mengumumkan siri baru interaktif yang You vs Wild yang dibintangi pakai ikhtiar hidup Bear Grylls.

Seperti rancangan Man vs Wild sebelum ini, You vs Wild akan mengajar penonton teknik ikhtiar hidup di dalam situasi kecemasan. Siri yang mengandungi lapan episod ini akan boleh distrim bermula 10 April. Penonton diberikan pilihan mengawal penceritaan di dalam setiap episod interaktif. You vs Wild ialah siri interaktif pertama di Netflix. Sebelum ini kesemua rancangan interaktif yang ditawarkan adalah terdiri dari satu episod atau satu filem sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd