Black Shark 2 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan April 2019

Black Shark 2 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan April 2019

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Black Shark 2 telah pun dilancarkan secara rasminya pada malam tadi, menyaksikan penawaran telefon pintar dengan spesifikasi tinggi dan memfokuskan kepada permua. Terkini, menurut laporan Lowyat yang menghadiri acara pelancarannya, ia dikatakan telefon Black Shark 2 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan April 2019 ini.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi apakah variasi yang bakal dibawa masuk, dan berapakah harga jualannya kelak.

Black Shark 2

Black Shark 2 hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, memori 12GB RAM, dan GPU Adreno 640. Ia turut menggunakan bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4.0. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan dwi-kamera 48-megapixel + 12-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 20-megapixel. Sejumlah ciri khusus untuk permua turut disediakan seperti Shark Space, penyejukkan pantas, dan sebagainya.

Sama-sama kita nantikan pelancaran telefon pintar ini di Malaysia dalam beberapa minggu lagi.



TIPS & ULASAN