Carian
Grab Malaysia Akan Mengenakan Caj Pembatalan Antara RM3 Ke RM5 Bermula 25 Mac
March 19, 2019 Aman

Grab sebelum ini telah mengenakan caj pembatalan di Singapura untuk pelanggan yang membuat tempahan dan seterusnya membatalkan tempahan mereka selepas 5 minit. Kini, perkara berkenaan turut diperlanjutkan untuk pasaran Malaysia.

Grab Pembatalan

Menurut Grab, bermula 25 Mac 2019 ini, pelanggan di Lembah Klang akan dikenakan caj pembatalan ini, dan pengguna di bandar lain akan mula dikenakan caj pembatalan ini bermula 27 Mac 2019 kelak.

Caj pembatalan ini akan dikenakan selepas tempoh 5 minit seseorang pengguna untuk menerima kenderaan seru-pandu mereka. Untuk perkhidmatan GrabCar, JustGrab, GrabShare, GrabTaxi, ia akan dikenakan caj pembatalan sebanyak RM3. Untuk perkhidmatan GrabCar (6 penumpang) akan dikenakan caj pembatalan sebanyak RM4, dan GrabCar (Premium) pula RM5.

Caj pembatalan ini juga akan tertakluk sekiranya pemandu telah tiba di tempat mengambil penumpang – tetapi penumpang gagal hadir dalam masa lima minit yang telah ditetapkan.

Dari segi pembayaran caj pembatalan, pengguna yang menggunakan GrabPay, cas akan dikenakan serta-merta. Sementara untuk yang menggunakan bayaran tunai, anda akan tertakluk untuk membayarnya pada tempahan seru-pandu seterusnya.

Komen