Harga Jualan Huawei Mate20 X Dikemaskini – Kini Berharga RM2899

Harga Jualan Huawei Mate20 X Dikemaskini – Kini Berharga RM2899

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Huawei sebelum ini telah mengumumkan kemaskini harga jualan untuk beberapa model Huawei Mate 20. Hari ini, mereka turut mengumumkan kemaskini harga untuk Huawei Mate20 X, dimana peranti yang sebelum ini dipasarkan pada harga RM3199 sudah dijual pada harga RM2899.

Huawei Mate 20 X

Huawei Mate20 X dipasarkan sebagai telefon pintar memfokuskan permua, dimana ia hadir dengan skrin 7.2-inci, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh.

Ia turut dilengkapi tri-kamera belakang sama seperti Mate 20 Pro – sekaligus menawarkan hasil rakaman gambar yang cantik bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan Huawei Mate20 X, mungkin boleh menyemak penawaran Huawei ini hari ini, dimana ia boleh didapati pada harga lebih mesra, iaitu RM2899.


TIPS & ULASAN