Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan akan membuatkan pelbagai fungsi yang dahulunya leceh menjadi lebih mudah. Ini mengurangkan masa dihabiskan pada kerja remeh menerusi pembelajaran mesin atau rangkaian neural. Di acara GPU Tech Conference (GTC) yang sedang berlangsung, jurutera dari NVIDIA memperlihatkan kecerdasan buatan GauGAN yang mampu menghasilkan lukisan landskap realistik dari lakaran kasar.

GauGAN diajar untuk melihat lebih sejuta gambar sumber terbuka di Flickr bagi membolehkan rangkaian neuralnya menghasilkan imej pengolokan landskap yang kelihatan nyata. Ia mengenalpasti pertalian 180 objek di dalam sesebuah gambar. Sebagai contoh apabila pengguna ingin menghasilkan imej permukaan air misalnya, GauGAN akan menghasilkan bayangan bukit bukau atau langit pada permukaan air tersebut secara automatik tanpa perlu diberitahu.

Pihak NVIDIA melihat penggunaan sistem GauGAN ini di dalam industri pembinaan, pembangunan robot dan melatih sistem swapandu kenderaan di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd