U Mobile Bakal Melancarkan Dompet Digital Tersendiri Tidak Lama Lagi – GoPayZ

U Mobile Bakal Melancarkan Dompet Digital Tersendiri Tidak Lama Lagi – GoPayZ

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah dompet digital dipasaran. Menambahnya lagi, kini pihak U Mobile mengumumkan mereka bakal hadir dengan dompet digital mereka tersendiri dinamakan GoPayZ.

Melalui dompet digital daripada U Mobile ini, ia akan memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran di sejumlah lokasi yang akan menerimanya kelak. Memandangkan ia belum dilancarkan lagi buat masa ini, apakah ciri khusus pada dompet digital berkenaan tidak diketahui lagi.

U Mobile mengatakan mereka akan bekerjasama dengan pihak Razer dalam arena ini, dan pengguna boleh menggunakan dompet digital GoPayZ di lokasi yang menyokong Razer Pay – dan begitu juga sebaliknya. Ia diperkatakan dompet digital Razer sedia diterima di lebih 10,000 titik pembayaran di Malaysia.

Pihak U Mobile menjadualkan pengenalan dompet digital GoPayZ mereka sekitar pertengahan tahun 2019 ini.


TIPS & ULASAN