Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah melancarkan Redmi Note 7 untuk pasaran tempatan, dimana tiga variasi ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Redmi Note 7

Redmi Note 7 merupakan telefon terbaru dibawah keluarga Redmi, hadir dengan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 660, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Ia turut dilengkapi kamera belakang gabungan 48-megapixel + 5-megapixel – yang menawarkan sokongan rakaman sangat baik pada kelasnya.

Di Malaysia, Redmi Note 7 dengan 3GB RAM / 32GB storan ditawarkan pada harga RM679, 4GB RAM / 64GB storan berharga RM799, dan 4GB RAM / 128GB storan berharga RM949. Redmi Note 7 juga turut ditawarkan dengan sokongan jaminan selama 18 bulan, dan akan mula dijual bermula 27 Mac ini.

Redmi Note 7

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd