Cari @ Amanz

Redmi 7 Turut Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM499

Oleh Aman

Link Copied!

Bersama-sama pengenalan Redmi Note 7, pihak Xiaomi turut mengumumkan kehadiran satu lagi telefon pintar mampu milik dibawah siri Redmi untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi 7.

Redmi 7 hadir dengan skrin bertakuk 6.26-inci HD+, dijana cip Snapdragon 632, bateri berkapasiti 4000mAh dan menggunakan sokongan pengecasan berasaskan mikroUSB.

Pada bahagian kamera, ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Redmi 7 akan dipasarkan bermula 27 Mac 2019 ini, dimana ia ditawarkan pada harga RM499 untuk model 2GB RAM dan 16GB storan, selain RM599 untuk model 3GB RAM dan 32GB storan.

Redmi 7


Komen ()