Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah melancarkan dua telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Note 7 dan juga Redmi 7. Bersama-sama dengannya, pihak Xiaomi turut melancarkan sejumlah peranti dibawah penawaran ekosistem pintar.

Xiaomi Sensor Pintar

Tiga peranti baru diperkenalkan dibawah ekosistem untuk pasaran tempatan, iaitu Mi Home Security Camera 360, Mi Smart Sensor Set dan juga Mi LED Smart Bulb.

Mi Smart Sensor Set merupakan penawaran untuk membolehkan anda mengawal sejumlah perkara di rumah anda melalui aplikasi Mi Home, termasuk menerima notifikasi sekuriti sekiranya terdapat gerakan ketika anda berada di luar rumah. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM329.

Mi Home Security Camera 360 adalah kamera sekuriti pintar yang boleh merakamkan video pada resolusi 1080p, sokongan panggilan dua arah, dan menerima notifikasi pada aplikasi apabila mendapati sebarang gerakkan. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM159.

Dan akhir sekali, Mi LED Smart Bulb ditawarkan pada harga RM99, dimana ia menawarkan 16 pilihan warna pencahayan, memudahkan pengguna memasangnya pada sambungan lampu sedia ada, selain turut boleh dikawal menggunakan Google Assistant.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd