Carian
Pelantikan Astri Ramayanti Dharmawan Selaku Pengarah Baharu Schneider Electric Malaysia
March 26, 2019 Liyana

Kini Schneider Electric, peneraju dalam pengurusan transformasi digital telah melantik Astri Ramayanti Dharmawan sebagai pengarah baharu untuk cawangan Malaysia bagi menyokong pertumbuhan syarikat di Malaysia dan Brunei.

Berbekalkan pengalaman hampir 20 tahun dalam hal ehwal pemasaran pada industri pengedaran teknologi dan elektrik, menjadikan Astri sebagai pilihan terbaik Schneider. Beliau telah memegang jawatan naib presiden selama 3 tahun dalam bahagian teknologi di Indonesia, Malaysia dan Brunei. Bagi Schneider Electric, di mana beliau berupaya untuk menguruskan operasi perniagaan teknologi yang Schneider Electric terlibat, termasuklah penyelesaian produk untuk pusat data infrastruktur fizikal seperti kuasa, penyejukan, perisian, dan perkhidmatan pelanggan.

Dalam peranan barunya, Astri akan mengawasi semua inisiatif strategik dan proses kecekapan operasi sambil memimpin syarikat ke arah pertumbuhan yang lebih organik. Melalui usaha ini secara terus dapat memacu pasukan Malaysia untuk memperbaiki kehidupan individu dengan membangunkan penyelesaian tenaga mampan untuk pelanggan baik di rumah, bangunan, pusat data mahupun infrastruktur lain.

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan ini telah menjadi sebahagian besar daripada identiti uniknya dan pembezaan pasaran. Dengan wanita yang terdiri hampir separuh daripada tenaga kerja Malaysia, penyelidikan mengesahkan bahawa mereka menyumbang dengan ketara kepada ekonomi Malaysia.

Pelantikan Astri ini secara terus meraikan kepimpinan wanita dan menunjukkan kekuatan Schneider Electric dalam mempromosikan kepelbagaian dan kemasukan wanita dalam industri. Syarikat percaya dalam menyediakan peluang yang sama ia merupakan atribut penting dalam memacu inovasi dan prestasi tinggi pada negara.

Komen