Jangan betulkan mata anda kerana memang sejak tiga minggu kebelakangan ini, Samsung melancarkan peranti baharu hampir setiap minggu. Sebentar tadi Samsung Galaxy A20 pula dilancarkan dan ia dilengkapi skrin 6.4″ HD+ Infinity-V dan cip Exynos 7884.
Ini dipadankan dengan memori sebesar 3. GB, storan 32 GB, kamera utama 13+5 MP f/1/9+f/2.2, kamera hadapan 8-MP f/2.0 dan bateri sebesar 4000 mAh. Seperti Galaxy A30 dan Galaxy A50, peranti mempunyai tubuh yang diperbuat daripada bahan 3D Glasstic dan menggunakan sistem operasi Android Pie.
Bolehlah dikatakan Galaxy A20 ialah sebuah Galaxy A10 dengan skrin, memori, storan, kamera dan bateri yang lebih besar. Buat masa ini Samsung Galaxy A20 hanya ditawarkan di Rusia pada harga RUB 13,990 (~RM 887).