Cari @ Amanz

Semakin banyak peranti pintar akan menjadi sebahagian kehidupan seharian manusia dalam masa terdekat. Bagi menjadikannya realiti, komputer mini bekecerdasan buatan perlu dihasilkan bagi berfungsi sebagai otak. NVIDIA telah melancarkan komputer bekecerdasan buatan Jetson Nano hari ini pada harga serendah $99 (~RM 400) sebuah.

Komputer bersaiz mini ini dilengkapi CPU empat teras A57 dengan kemampuan memproses 472 Gigaflops, GPU NVIDIA Maxwell dengan 128 teras CUDA dan memori sebesar 4GB RAM LPDDR4. Menerusi Jetson Nano, NVIDIA berharap penghasilan peranti pintar dengan kecerdasan buatan boleh diakses oleh lebih banyak pereka. Antara yang boleh dihasilkan ialah robot dengan kemampuan perkomputeran pinggir (edge computing) yang mampu memproses kesemua data yang diterima tanpa memerlukan sambungan kepada internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd