Cari @ Amanz

Oppo Malaysia hari ini akhirnya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo F11 Pro. Seperti dilaporkan sebelum ini, harga jualan rasmi telefon pintar berkenaan di Malaysia adalah RM1399.

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci LTPS LCD, menggunakan cip Helio P70, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0.

Untuk rakaman gambar, Oppo F11 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang 48-megapixel + 5-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel yang boleh dinaik-dan-diturunkan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1399 melalui para pengedar rasmi Oppo seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd