Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa laman web yang menyertakan audio dan video pada halaman web mereka – dan agak menganggu dan mengejutkan pengguna sedikit apabila ia dimainkan secara automatik. Hal ini sangat tidak digemari oleh pengguna, dan sejumlah pelayar web telah mula mengambil langkah untuk mengatasinya.

Terkini, hari ini Mozilla memperkenalkan Firefox 66 yang hadir dengan sokongan untuk menghalang audio dan video daripada dimainkan secara automatik pada sesuatu web. Ciri ini berfungsi secara pintar, dan tidak tertakluk kepada laman-laman penstriman yang sedia memerlukan sokongan berkenaan.

Selain ciri tersebut, Firefox 66 juga akan menyertakan sejumlah ciri-ciri baru yang lain, termasuk sokongan Windows Hello untuk Web Authentication, pelayaran yang tidak diganggu oleh iklan yang perlahan dimuatkan, dan juga kemudahan untuk membuat carian web.

Bagi anda yang menggunakan Firefox, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri baru yang disertakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd