Cari @ Amanz

iMac Pro ialah desktop paling berkuasa ditawarkan oleh di pasaran pada waktu ini. Apabila memasuki pasaran Malaysia pada Disember 2017, ia boleh dibeli pada harga bermula RM 20,999 dengan memori sebesar 32GB RAM DDR4 ECC tetapi boleh ditambah sehingga 128GB RAM DDR4 ECC sahaja. Serentak dengan kemas kini dua model iMac biasa semalam, Apple kini ditawarkan dengan pilihan memori sehingga 256GB RAM DDR4 ECC.

Bagi yang berminat, ini boleh dilakukan dengan membayar RM 22,880 sahaja. Tetapi jika anda ingin memiliki iMac Pro dengan spesifikasi paling tinggi dengan cip Intel Xeon W 2.3GHz 18-teras, memori 256GB DDR4 ECC, storan 4TB SSD, kad grafik Radeon Pro Vega 64 16GB HBM2, serta dilengkapi sokongan Magic Mouse 2 + Magic Trackpad 2 – termasuk penambahan VESA Mount Adapter Kit, Final Cut Pro dan Logic Pro X membawa harga ke RM 70,902 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd