Cari @ Amanz

Kickstarter ialah sebuah laman web biayasama (crowdfunding) yang sering digunakan untuk pencipta produk mendapatkan pembiayaan kewangan dari orang ramai dengan cepat. Diantara produk-produk popular yang dihasilkan melalui platform ini termasuklah jam pintar Pebble, konsol permainan Ouya dan juga permainan kad Exploding Kittens.

Terkini, Kickstarter baru sahaja hadir dengan pengumuman bahawa Perry Chen, CEO syarikat tersebut bakal meletakkan jawatan, tetapi akan kekal menjadi pengerusi syarikat tersebut, dan akan terus membantu mengembangkan sayap syarikat tersebut.

Perry Chen merupakan CEO Kickstarter yang pertama, dan mengambil alih jawatan tersebut lagi sekali apabila penggantinya Yancey Strickler meletakkan jawatan pada tahun 2017.

Apabila Perry Chen meletakkan jawatan sekali lagi kelak, beliau akan digantikan oleh Aziz Hasan, ketua bahagian rekaan dan produk Kickstarter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd