Cari @ Amanz

Nubia Mengesahkan Enam Ciri Utama Nubia Red Magic 3 – Peranti Permua Paling Berkuasa?

Link Copied!

Nubia Red Magic adalah siri peranti mercu dari Nubia. Ia adalah peranti mercu yang memfokuskan permua yang bersaing dengan Asus ROG Phone, Black Shark atau juga Razer Phone. Tahun 2019 adalah tahun di mana generasi ketiga buat peranti Nubia Red Magic dilancarkan – Nubia Red Magic 3.

Tiada lagi informasi mengenai peranti ini, tetapi pengurus Nubia – Ni Fei telah kongsikan enam ciri utama buat peranti ini. Dari senarai yang diberikan, ia adalah perkara klise untuk sesebuah peranti gaming tetapi – Nubia Red Magic 3 ini mungkin lebih berkuasa. Berikut adalah senarai ciri utama peranti ini;

  1. Gabungan Sistem penyejukan cecair dan udara.
  2. Cip pemproses paling berkuasa yang berada di pasaran sekarang.
  3. RAM paling tinggi yang boleh didapatkan sekarang.
  4. Skrin dengan perlindungan mata yang lebih baik dan kadar segar semula lebih hebat dari PC.
  5. Kapasiti bateri lebih besar dari generasi sebelum.
  6. Butang fizikal untuk kawalan permua dan motor getaran 4D lebih hebat.

Peranti ini akan dilancarkan pada sekitar bulan April kelak, sama-sama kita nantikan.


Komen ()