Sokongan Untuk Ray-tracing Nyata Akan Hadir Pada Kad Grafik Siri GTX Tidak Lama Lagi

Sokongan Untuk Ray-tracing Nyata Akan Hadir Pada Kad Grafik Siri GTX Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 20, 2019 oleh .

Ray-tracing secara nyata ialah salah salah satu ciri terbaru yang diperkenalkan oleh NVIDIA melalui siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX mereka. Sebelum ini, ia dikatakan hadir pada kad grafik tersebut sahaja kerana siri kad grafik tersebut mempunyai teras pemprosesan RT yang diperlukan untuk memproses olahan cahaya dan bayang-bayang yang lebih realistik.

Terkini, NVIDIA telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah kemaskini baru yang akan membolehkan sebahagian daripada siri kad grafik NVIDIA Pascal (GeForce GTX 1XXX) untuk menyokong teknologi Ray-tracing tersebut.

Kemaskini tersebut dikatakan akan tiba pada bulan April kelak, dan akan hadir untuk kad-kad grafik seperti NVIDIA GeForce GTX 1060 6G sehinggalah GeForce GTX 1080 Ti, dan juga GTX 1660 dan GTX 1660 Ti yang baru sahaja dilancarkan.

Buat masa ini, NVIDIA masih belum mengulas lagi bagaimana kad-kad grafik generasi yang lalu ini boleh menggunakan teknologi Ray-tracing tersebut tanpa teras RT, tetapi berkata bahawa ia akan boleh digunakan dengan permainan-permainan komputer yang sudahpun hadir dengan sokongan Ray-tracing.

Kebarangkalian besar bahawa tidak semua fungsi Ray-tracing akan dapat disokong secara penuh sangatlah rendah, tetapi mereka dengan kad-kad grafik generasi lepas masih akan dapat mencantikkan permainan-permainan komputer mereka sedikit dengan ciri tersebut.


TIPS & ULASAN