Pasti ramai yang pernah memainkan Angry Birds walaupun hanya sekali pada peranti pintar. Ia adalah antara permua berjaya paling awal sehingga sebuah filem, siri animasi dan taman tema dihasilkan. Rovio, pembangun Angry Birds pernah meramalkan syarikat mereka akan kelak menjadi lebih besar dari Disney,
Beberapa permua baharu Angry Birds tidak tular seperti permainan asal dan Rovio mula menghadapi masalah kewangan. Kini mereka kembali pula dengan permainan terbaru Angry Birds AR : Isle Of Pig yang menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR). Buat masa ini ia akan hadir telebih dahulu ke peranti iOS menerusi teknologi ARKit. Telefon iPhone 6s ke atas, iPad Pro dan iPad generasi kelima ke atas disokong oleh Angry Birds AR : Isle Of Pig. Pra tempahan dibuka hari ini dan permainan disokong dengan pembelian dalam permainan.