Cari @ Amanz

Vivo V15 Pro adalah solusi dari Vivo untuk memberi pengguna merasai pengalaman penggunaan peranti mercu pada sebuah peranti kelas pertengahan. Di China, Vivo baru sahaja lancarkan ‘abang’ kepada Vivo V15 Pro yang mempunyai spesifikasi yang lebih berkuasa – Vivo X27.

Secara keseluruhan, Vivo V15 Pro dan Vivo X27 adalah sama sahaja. Kedua-dua peranti menggunakan panel Super AMOLED 6.39-inci, mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin dan juga tri-kamera belakang. Lensa utama 48-Megapixel adalah sama dan lensa bokeh juga adalah sama, 5-Megapixel. Terdapat juga kamera periskop dan Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

Jadi apa yang bezanya, berikut adalah jadual perbezaan;

vivo V15 Pro vivo X27
  • Lensa ultra-lebar 8-Megapixel
  • Mod malam yang menggabungkan 12-16 gambar untuk hasil menarik
  • Kamera swafoto 32-Megapixel.
  • Masa kamera periskop naik 0.46 saat
  • RAM 6GB
  • Storan 128GB
  • Snapdragon 675
  • Bateri 3700mAh
  • Lensa ultra-lebar 13-Megapixel
  • Mod malam biasa
  • Kamera swafoto 16-Megapixel
  • Masa kamera periskop naik 0.68 saat
  • RAM 8GB
  • Snapdragon 710
  • Bateri 4000mAh

Peranti ini buat masa ini terhad buat pasaran di China sahaja. Ia dijual pada harga RMB3600 (~RM2185), manakala di Malaysia Vivo V15 Pro hanya dijual pada harga RM1799. Untuk pilihan warna, ia sama sahaja mempunyai warna biru dengan corak Spectrum Ripple – tetapi X27 mempunyai pilihan warna merah jambu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd