Cari @ Amanz

Video Samsung Galaxy Fold Digunakan Di Dunia Sebenar Tertiris

Link Copied!

Samsung Galaxy Fold sudah hampir sebulan dilancarkan tetapi video penggunanya di dunia sebenar masih belum dihasilkan. Sebaliknya beberapa video pendek dalam situasi terkawal sahaja diterbitkan oleh pihak Samsung. Hari ini sebuah video penggunaan Galaxy Fold akhirnya tertiris dari negara Vietnam.

Dapat dilihat dengan jelas garisan pada bahagian tengah skrin apabila ia digunakan dalam mod tablet. Garisannya lurus dan lebih rapi jika dibandingkan dengan apa yang dilihat pada video Huawei Mate X yang kami terbitkan sendiri beberapa minggu yang lalu. Samsung Galaxy Fold akan dijual secara rasmi pada 26 April di beberapa pasaran tertentu terlebih dahulu. Kami berharap dapat mengulasnya kelas bagi melihat sendiri sama ada ia sebuah peranti yang praktikal untuk kegunaan dunia sebenar.


Komen ()