Tencent Dilihat Mempertimbang Pembelian Pegangan 10 Peratus Syarikat A.S. Watson

Tencent Dilihat Mempertimbang Pembelian Pegangan 10 Peratus Syarikat A.S. Watson

Diterbitkan pada Mac 20, 2019 oleh .

Watson ialah rantaian farmaseutikal yang cukup terkenal di rantau Asia Tenggara. Di Malaysia, ia juga adalah diantara kedai farmasi yang sering dilawati untuk membeli barangan kecantikan dan ubat-ubatan.

Bloomberg baru-baru ini melaporkan bahawa syarikat Tencent, syarikat teknologi yang cukup terkenal di China berminat untuk membeli pegangan saham didalam syarikat tersebut, yang kini dimiliki sebanyak 25 peratus oleh Temasek Holdings.

Tencent dikatakan mahu mengambil alih separuh (sekitar 10 peratus) daripada pegangan Temasik Holdings, dan bersedia untuk membayar sebanyak $3.0 bilion (RM12.0 bilion). Alibaba juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pegangan tersebut, menurut sumber-sumber Bloomberg.

Buat masa ini, masih tiada sebarang pengesahan bahawa sebarang pembelian ataupun penjualan dibuat. Sebab mengapa syarikat-syarikat teknologi China berminat untuk memiliki pegangan dalam A.S. Watson juga tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN