Carian
Fungsi-Fungsi Kamera Huawei P30 Tertiris – Zoom Hibrid 10X Dan Digital 50X Menerusi Sistem Telefoto Teleskop
March 22, 2019 Effi Saharudin

Huawei P30 Pro dan P30 akan dilancarkan minggu hadapan. Pelbagai maklumat mengenai rekaan dan spesifikasi telahpun tertiris tetapi kesemuanya dari pihak ketiga. Hari ini kesemua fungsi kamera P30 Pro dan P30 tertiris sendiri menerusi laman Huawei Singapura.

Ia mengesahkan penggunaan catur-kamera pada P3o Pro menerusi sensor 40MP Huawei SuperSpectrum, sistem telefoto periskop, satu sensor untuk lensa sudut ultra lebar dan satu sensor 3D TOF. Ini membolehkan P30 Pro melakukan zoom hibrid sehingga 10X dan adalah dua kali ganda berbanding hibrid 5X pada Mate 20 Pro.

P30 Pro dan P30 kedua-duanya akan mempunyai mod malam yang dipertingkatkan. Ia bukan sahaja berfungsi untuk mengambil gambar malam untuk rakaman video. Akhir sekali rakaman video serentak dari kamera utama 40MP dan kamera telefoto boleh dilakukan serentak bagi menerusi fungsi HUAWEI Dual-View Video. Menerusi P30 dan P30 Pro, Huawei sekali lagi membawakan pembaharuan dan peningkatan berbanding model terdahulu.

Sumber Huawei Singapura menerusi @evleaks

Komen