Google Doodle adalah satu program dari Google yang mengubah logo Google kepada sesuatu yang istimewa. Contohnya, sambutan hari kemerdekaan, hari lahir seseorang tokoh, hari bersejarah atau banyak lagi perkara menarik lain. Kadang-kala, pada Google Doodle turut akan mempunyai permainan, trivia, fakta-fakta menarik mengenai perkara yang istimewa tadi.
Google Doodle kebiasaannya akan dipaparkan di laman web Google, tab baru Google pada Google Chrome atau juga pada aplikasi Google. Terkini, Google telah menguji untuk memaparkan Google Doodle pada widget carian Google. Ini bermakna, bagi mereka yang menggunakan widget carian ini – tidak lagi akan melihat logo Google yang biasa dan akan melihat rekaan Google Doodle khas untuk widget ini.
Walau bagaimanapun, ciri ini hanya terlihat pada beberapa pengguna terpilih. Jadi, tidak pasti jika ini adalah ujian dari Google atau kemaskini secara berperingkat dari bahagian pelayan. Bagaimana dengan widget carian Google pada peranti anda?