Cari @ Amanz

Di MWC, peranti yang mendapat perhatian ramai pada hemat kami ialah Energizer Power Max P18K Pop. Peranti dengan kapasiti bateri 18,000 mAh ini unik kerana sepatutnya dikategorikan sebagai powerbank dengan telefon pintar terbina. Bagi yang berminat, ia kini boleh ditempah menerusi laman biayasama Indiegogo pada harga bermula $549 (~RM2228) sebuah.

Energizer Power Max P18K Pop dilengkapi skrin sebesar 6.2″ FHD+, dijana pemproses MediaTek P70, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama 12+5+2 Megapixel dan kamera hadapan 16+2 Megapixel. Kamera hadapan ini diletakkan di dalam mekanisme periskop bagi membolehkan rekaan penggunaan skrin nirtakuk.

Dengan bateri sebesar 18,000 mAh, telefon pintar ini boleh bertahan selama 50 hari dengan sekali caj. Pengguna juga boleh melakukan panggilan telefon selama 90 jam, mendengar muzik selama 100 jam atau menonton video berterusan selama 2 hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd