Pelayar web Opera pernah menawarkan perkhidmatan VPN tanpa had percuma pada aplikasi Android dan iOS. Ia kemudian ditamatkan pada awal tahun lalu dan pengguna digalakkan bertukar kepada perkhidmatan VPN yang ditawarkan oleh VPN SurfEasy. Selepas hampir setahun, perkhidmatan VPN tanpa had percuma kembali ke aplikasi Android.
Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi ke versi terkini. Apabila diaktifkan menerusi skrin tetapan, pelayar web boleh menggunakan VPN tanpa had secara percuma tanpa perlu melog masuk kepada akaun Opera mereka. Pengguna boleh memilih lokasi di Amerika, Eropah dan Asia. Dengan penggunaan VPN, penggunaan WiFi percuma akan terasa lebih selamat.