Moleskine Dan Adobe Menghasilkan Buku Yang Mengubah Lakaran Analog Terus Ke Dalam Illustrator

Moleskine Dan Adobe Menghasilkan Buku Yang Mengubah Lakaran Analog Terus Ke Dalam Illustrator

Diterbitkan pada Mac 21, 2019 oleh .

Melakukan lakaran di atas permukaan kertas menggunakan pena masih terasa lebih menyeronokkan berbanding menggunakan stylus digital. Bagi mereka yang masih ingin melakukan lakaran analog tetapi kemudian dengan mudah mahu ia disunting secara digital, Moleskine Paper Tablet – Creative Cloud Connected telah dihasilkan.

Buku nota ini dihasilkan oleh Moleskine dengan kerjasama Adobe. Setiap lakaran yang dilakukan menggunakan stylus Pen+ Ellipse akan disimpan terus ke storan Adobe Creative Cloud pengguna. Ia kemudian boleh dibuka di dalam illustrator dalam format vektor yang boleh disunting. Karya yang dihasilkan turut boleh disimpan dalam format PDF, JPG dan SVG. Buka nota Moleskine Paper Tablet dijual pada harga $35 (~RM 142) manakala stylus Pen+ Ellipse pada harga $179 (~RM 727) sebatang.


TIPS & ULASAN