TAG Heuer Connected Modular 45 Golf Edition Dilancarkan – Jam Tangan Pintar RM7500 Untuk Pemain Golf

TAG Heuer Connected Modular 45 Golf Edition Dilancarkan – Jam Tangan Pintar RM7500 Untuk Pemain Golf

Diterbitkan pada Mac 21, 2019 oleh .

Dua tahun lepas, TAG Heuer telah melancarkan satu jam tangan pintar Wear OS premium – Connected Modular 45. Jam tangan pintar ini turut boleh mengubah menjadi jam tangan analog. Baru-baru ini, TAG Heuer telah hadir dengan kemaskini buat jam tangan pintar ini.

TAG Heuer Connected Modular 45 Golf Edition adalah kemaskini tersebut. Secara keseluruhan, ia tidak mempunyai banyak beza – kecuali rekaan tali jam kulit dan getah yang bertemakan sebuah bola golf dan juga benang jahitan berwarna hijau. Kemudian, pada bezel jam tersebut – ia menggunakan bahan binaan seramik hitam dengan ukiran 1-18 yang melambangkan 18 lubang pada padang golf.

Jam tangan ini mempunyai diameter 45mm dengan skrin 1.39-inci beresolusi 400×400, permukaan jam diperbuat dari nilam, memori 512MB RAM dan storan dalaman 4GB. Kerangkan jam ini pula diperbuat daripada kemasan titanium. Turut terbina adalah GPS dan NFC. Jam tangan ini dijana dengan cip Intel Atom. Teknologi Bluetooth yang lama, iaitu Bluetooth 4.1 LE. Bateri pula adalah 410mAh dengan masa mengecas 1 jam 50 minit dari 0% hingga 100%.

Ya, tiada beza pun dengan model tahun lepas. Cuma pada ‘Golf Edition’ ini TAG Heuer menambah satu aplikasi khusus untuk pemain golf. Di mana pemain golf boleh menyimpan statistik bermain golf, skor, jarak dan juga prestasi. Kesemua fungsi dan ciri TAG Heuer tersendiri perlu dikawal melalui aplikasi TAG Heuer Connected yang boleh dimuat turun di App Store atau Play Store.

Seperti jam tangan pintar TAG Heuer yang lain, ia dijual pada harga yang premium. ‘Golf Edition’ ini dijual pada harga $1850, iaitu sekitar RM7514.


TIPS & ULASAN