Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini di acara CES 2019, Acer telah memperkenalkan laptop gaming terbaru mereka, iaitu Acer Predator Triton 500 yang dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA yang terbaru, iaitu siri NVIDIA GeForce RTX.

Hari ini, Acer Malaysia mengumumkan bahawa komputer riba gaming tersebut sudah mula dijual di pasaran tempatan bermula hari ini, dan akan hadir melalui tiga konfigurasi berbeza.

Acer Triton 500 ini dilengkapi dengan pilihan CPU Intel Core i5-8300H ataupun Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebenyak 16GB, storan SSD sebanyak 512GB didalam konfigurasi RAID 0 dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 6G ataupun NVIDIA GeForce RTX 2070 8G Max-Q.

Komputer riba ini turut dimuatkan dengan paparan IPS 15.6 inci pada resolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz dan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC.

Dalam pada itu, ia juga diberi sistem penyejukan 3D AeroBlade generasi keempat yang akan memastikan bahawa Predator Triton 500 ini sentiasa beroperasi dalam keadaan yang optimum.

Salah sebuah daripada model Acer Predator Triton 500 ini sudahpun mula dijual di Malaysia, dan model-model lain akan mula tiba pada bulan April tidak lama lagi.

Tanda harga untuk model-model Acer Predator Triton 500 adalah seperti berikut:

  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i5, NVIDIA GeForce RTX 2060 6G) – RM6799 (Boleh didapati sekarang)
  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 2060 6G) – RM7599 (April 2019)
  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 2070 6G Max-Q) – RM8699 (April 2019)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd